"keutamaan doa"

"dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku maka beritahu kepada mereka): sesungguhnya aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka, aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaku. maka hendaklah mereka menyahut seruanku(dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul." (surah GHAFIR:60)

Tuesday 13 January 2015

Daqmie - Tangis Sebatang Tamar (Official Music Video)

Sedu sedan itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya.

Saturday 27 December 2014

Description: bediuzzaman said nursi2 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An NurUstaz Bediuzzaman Said Nursi dan tafsir beliau, “Risalah an-Nur” merupakan  “Mujaddid” pada zaman ini, lagipun kedua-duanya telah diterima oleh ulama-ulama terkenal dari kalangan “Ahli Sunnah wal-Jamaat” seperti Yusuf al-Qardawi, Ramadan al-Buti, Wahbah al-Zuhayli,kebanyakan ulama dari Universiti al-Azhar, Jabatan Agama Islam di Turki serta pelbagai kumpulan atau orang-orang lain yang penting di sisi umat Islam. Marilah kita menghayati kisah perjuangan dan pemikiran Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi:
Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Perkataan Nursi pada akhir nama beliau adalah sempena nama kampungnya ini. Beliau menerima pendidikan awal dalam berbagai bidang agama dan sains dari beberapa ulama terkenal di sekitar daerah nya dan di beberapa daerah lain di Turki. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kepandaian dan kemahiran yang luar biasa di dalam pelajaran. Hal ini membuatkan beliau terkenal bukan sahaja di kalangan guru dan rakan-rakan tetapi juga orang ramai. Dalam masa yang singkat, beliau mampu mendalami ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh, Mantiq, Logik dan Nahu.
Beliau juga berjaya menghafal lebih kurang 80 buah Matan. Semasa masih berusia 16 tahun, beliau telah mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke beberapa majlis perbahasan. Ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama. Mereka kemudian menggelarnya Bediuzzaman atau Keunggulan Zaman.
Pengalaman beliau dalam berbagai bidang pendidikan yang dilalui telah mengubah fikirannya untuk memikirkan cara menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin erubahan di mana ilmu sains dan ilmu mantik (logik) memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden, dan sebaliknya ilmu sains moden perlu diajar di sekolah-sekolah agama.
Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama dilindungi dari sikap taasub”. Dalam usaha merealisasikan cita-citanya ini, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 1896 dan kali keduanya pada tahun 1907. Di sana beliau telah cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid supaya membina sebuah universiti di Anatolia (Turki Timur) yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu. Pada masa itu, ketika cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid, Bediuzzaman telah menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di 
mahkamah tentera. Di mahkamah tentera beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, doktor yang memeriksanya telah mengatakan “Jika Bediuzzaman dianggap gila, maka tidak akan ada seorang pun manusia yang siuman di dalam dunia ini”. Selepas itu, beliau terus dibebaskan.
Ustaz Bediuzzaman sering kali menjadi sasaran fitnah yang bertentangan dengan niat dan cita-citanya. Ketika berlakunya pemberontakan pada 31 Mac, 1909, beliau telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah tentera atas tuduhan mencetuskan kekacauan. Sebenarnya pada masa itu, beliau telah cuba menenteramkan keadaan sehingga telah berjaya pada sesuatu peringkat. Apabila mayat orang-orang yang dihukum gantung masih di tali gantung di luar tingkap mahkamah, Bediuzzaman telah berjaya berhujah mempertahankan diri dan akhirnya telah dibebaskan. Seterusnya, beliau kembali ke Anatolia Timur dan melawat kawasan-kawasan terpencil untuk menerangkan kepada rakyat bahawa satu gerakan pembebasan yang sedang ditubuhkan di Turki tidak bertentangan dengan Islam. Beliau telah memberitahu mereka bahawa semua bentuk pemerintahan kuku besi adalah bertentangan dengan undang-undang Islam. Perundangan Islam hanya akan berkembang dan menunjukkan kemuliaannya di dalam suasana yang bebas. Kemudian beliau telah mengumpulkan syarahan-syarahannya itu di dalam sebuah buku bertajuk Perbahasan.
Description: 353 215x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An NurPada musim sejuk tahun 1911, Bediuzzaman telah di jemput ke Damsyik untuk menyampaikan khutbah di Masjid Umayyad. Para jemaah ketika itu termasuklah 100 ulama yang terkenal. Dalam khutbahnya, beliau telah berkata bahawa tamadun sebenar yang berada pada umat Islam akan berdiri tegak di dunia moden ini. Selepas itu, beliau pergi ke Istanbul sekali lagi untuk meneruskan usahanya agar sebuah universiti didirikan di Anatolia Timur. Kemudian, Bediuzzaman telah di lantik sebagai wakil bagi Turki Timur untuk mengiringi Sultan Muhammad Resyad melawat beberapa daerah di wilayah Balkan. Ketika di Kosovo, di mana sultan bercadang untuk membina sebuah universiti, beliau telah berkata kepada sultan, “Kawasan Timur lebih memerlukan sebuah universiti kerana ia merupakan pusat dunia Islam.” Beliau telah berjaya meyakinkan sultan Muhammad Resyad yang menyediakan peruntukan sebanyak 19,000 lira wang emas untuk tujuan itu. Sultan kemudiannya pergi ke Van, satu bandar di wilayah Anatolia Timur untuk meletakkan batu asas universiti tersebut. Malangnya, pembinaan universiti tersebut tidak dapat disiapkan kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama tidak lama kemudian.
Di dalam Perang Dunia Pertama, Bediuzzaman telah dilantik sebagai komander pasukan sukarelawan di medan perang Kaukasia dan Anatolia Timur. Keperwiraan yang telah ditunjukkan oleh beliau di medan pertempuran mendapat pujian dari para panglima Tentera Turki Kerajaan Uthmaniah, Anwar Pasya, Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera ketika itu.
Pasukannya telah digelar “Pasukan Topi Berbulu”. Pasukan ini telah menakutkan tentera Russia dan pengganas Armenia ketika itu. Di medan perang inilah beliau telah menulis tafsirnya yang bertajuk “Isyaratul I’jaz” di dalam bahasa Arab. Karyanya ini ditulis ketika beliau menunggang kuda di barisan hadapan dan di dalam kubu-kubu pertahanan di medan perang. Tafsir ini kemudiannya mendapat penghargaan daripada para ulama terkenal di Turki dan Kaherah.
Dalam satu pertempuran menentang pencerobohan tentera Russia, Bediuzzaman dan 90 pegawai tentera yang lain telah ditawan dan dihantar ke khemah tahanan perang di Kosturma, berdekatan Siberia di barat laut Russia selama 2 tahun. Di sini, Bediuzzaman pernah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana menghina Jeneral Nicholas Nicolavich, Ketua Angkatan Tentera Russia di medan perang Kaukasia, yang juga merupakan bapa saudara Czar, Raja Russia ketika itu. Walau bagaimanapun, hukuman itu kemudiannya dibatalkan. Peristiwa itu adalah seperti berikut: 
Pada satu hari, Jeneral Nicholas Nicolavich melawat khemah tahanan tersebut dan berjalan di hadapan Bediuzzaman tetapi beliau tidak bangun menghormatinya. Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, beliau lantas berkata, “Saya seorang ulama Islam dan di dalam hati saya ada iman. Sesiapa sahaja yang ada iman di dalam hatinya adalah lebih mulia daripada mereka yang tiada. Saya tidak boleh bertindak bertentangan dengan iman saya”. Akibat dari peristiwa itu beliau kemudiannya dibicarakan di mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman mati.
Description: 368 209x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An NurSebelum hukuman dijalankan, beliau sempat bersolat di hadapan pasukan penembak. Melihat keadaan itu, Jeneral Nicholas Nicolavich datang kepadanya untuk meminta maaf serta berkata beliau kini telah sedar bahawa Bediuzzaman bertindak sedemikian kerana ingin berpegang teguh kepada imannya. Sungguh sedih sekali kerana pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan seperti ini oleh musuh lama orang-orang Islam tidak ditunjukkan oleh sebahagian orang-orang Turki yang telah menyebabkan beliau selanjutnya menjalani hidup yang penuh dengan berbagai penderitaan.
Berikutnya, kekacauan yang meletus pada awal musim bunga tahun 1918 kerana Revolusi Komunis di Russia telah memberi peluang kepada Bediuzzaman untuk melepaskan diri dari tahanan di Kosturma. Selepas melakukan satu perjalanan yang jauh sekali, melalui beberapa negara Eropah, beliau pun sampai ke Istanbul pada bulan Jun 1918. Di Istanbul, beliau dianugerahi pingat penghormatan atas sumbangannya di medan perang. Anwar Pasya, telah menawarkan kepadanya beberapa jawatan di dalam kerajaan tetapi beliau menolak. Namun, atas cadangan pihak tentera beliau dilantik menjadi anggota Darul Hikmah Al-Islamiah tanpa pengetahuannya. Setelah mengetahui pelantikannya itu, beliau tidak membantah kerana jawatan ini adalah jawatan ilmiah semata-mata.
Semasa negara Turki dicerobohi oleh tentera British selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1918 hingga 1919, Bediuzzaman telah menunjukkan penentangan yang terang-terangan terhadap penjajah British. Hal ini hampir melibatkan nyawanya melayang. Katakata beliaukepada pihak British telah ditulis di dalam akhbar harian. Lantaran itu beliau menjadi sasaran komplot bunuh pihak British. Dengan pertolongan Allah beliau terpelihara daripada ancaman tersebut dan seterusnya berhadapan dengan tugas dan cabaran-cabaran baru.
Dalam tahun 1922, kerajaan Turki telah menjemputnya ke Ankara tetapi beliau menolak. Akhirnya, selepas dijemput sebanyak 18 kali, barulah beliau bersetuju untuk ke Ankara. Beliau disambut oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Turki) di Ankara dengan penuh istiadat. Walaubagaimanapun, beliau mendapati apa yang ada di Ankara tidaklah serupa dengan apa yang diharapkannya. Kebanyakan para perwakilan di Dewan Perhimpunan Kebangsaan lalai menunaikan kewajipan agama. Pada 19 Januari 1923, beliau mengeluarkan satu kenyataan untuk mengajak para perwakilan menunaikan kewajipan bersolat. Pada mulanya 50 hingga 60 daripada mereka mula menunaikan solat dan kemudiannya angka ini semakin bertambah.
Bediuzzaman menghabiskan masanya selama lapan bulan di Ankara dan kemudian ke Van pada 17 April 1923. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun di Van dengan mengasingkan diri, beribadat dan berzikir. Selepas itu, satu pemberontakan berlaku di timur Turki pada bulan Februari 1925. Para pemberontak meminta sokongan Bediuzzaman kerana beliau sangat berpengaruh di kalangan rakyat tetapi beliau menolak dengan berkata, “Pedang hendaklah digunakan ke atas musuh dari luar. Ia bukanlah untuk digunakan di dalam negeri. Hentikan usaha kamu itu kerana ia akan gagal. Ia akan mengakibatkan beribu-ribu orang lelaki dan wanita yang tidak bersalah terbunuh lantaran tindakan beberapa orang penjenayah”.
Seterusnya Bediuzzaman difitnah dan beliau dibuang daerah ke Burdur pada akhir bulan Mac 1925. Di sini, beliau dikenakan pengawasan ketat sehingga mengakibatkan beliau menderita. Keadaan ini langsung tidak menyekat beliau dari menyebarkan kebenaran iman kepada orang ramai di sekelilingnya dengan mengumpul segala hasil penulisannya dalam bentuk buku.
Kegiatannya ini telah dapat dikesan lalu dilaporkan kepada pihak berkuasa di Ankara menyebabkan satu rancangan diatur untuk menyekatnya. Mereka kemudiannya menghantar beliau ke sebuah rumah tahanan di Barla pada tahun 1926 yang merupakan satu tempat terpencil di bahagian tengah Anatolia. Tempat tersebut dikelilingi bukit-bukau dan mereka berharap suasana tempat ini akan menyebabkan Bediuzzaman mati dalam tahanan rumah keseorangan.
KEMUNCULAN RISALAH AN-NUR (RISALAH YANG BERCAHAYA)
Sebenarnya penyebaran iman bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Berdakwah juga bukanlah satu jenayah yang melayakkan nyawa seseorang diancam. Namun begitu, hal ini dianggap satu jenayah pada ketika itu di mana kezaliman pihak berkuasa menyelubungi negara Turki dengan dahsyatnya. Azan telah diharamkan. Beratus-ratus masjid telah digunakan untuk tujuan bukan keagamaan.
Description: 405 300x294 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An NurPerancangan telah dijalankan untuk memutuskan negara Turki daripada zaman silam nya yang terkenal dengan segala nilai-nilai akhlaknya yang mulia. Sesiapa yang bercakap mengenai agama memerlukan keberanian. Ketua Jabatan Percetakan Kerajaan boleh mengarah sidang pengarang akhbar memotong sebarang makalah yang menyentuh isu agama atas alasan merbahaya dan boleh menyemai jiwa keagamaan di dalam pemikiran para belia.
Dalam suasana beginilah Bediuzzaman Said Nursi memasuki bahagian kedua hidupnya yang digelarnya “Said Jadid” (Said Baru). Bahagian kedua dalam hidupnya ini ditumpukan sepenuhnya kepada penulisan dan penyebaran Risalah an-Nur mengenai iman dan Islam. Baginya kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang paling penting. Membangkitkan semula iman dan Islam menjadi matlamatnya apabila beliau berkata, “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa AlQuran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”. Maka itulah yang  diperjuangkannya. Bediuzzaman tidak mati keseorangan di Barla tetapi yang muncul ialah Said Jadid yang seumpama matahari, menyinari berjuta-juta rakyat Turki dengan cahaya iman.
Di Barla, pengawasan ketat dan penindasan dikenakan ke atas Bediuzzaman. Sebenarnya, musuh-musuhnya belum mengenalinya lagi. Inilah orang yang ditakuti tentera Russia ketika Perang Dunia Pertama. Inilah orang yang sanggup meludah ke muka orang British yang menjajah Istanbul. Inilah orang yang berjaya terlepas dari tali gantung sebanyak beberapa kali. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya mengenalinya juga apabila salah seorang dari pemimpin mereka terpaksa berkata, “Segala apa yang kami lakukan selama 25 tahun yang lepas tidak berjaya menyekat Said Nursi dari meneruskan kegiatannya”.
Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis tiga suku daripada penulisan agung yang berbentuk tafsir yang digelar nya Risalah an-Nur.
Kesemua penulisan dalam tafsir ini pada peringkat awalnya ditulis dengan tangan kerana beliau dan para pelajarnya ketika itu tidak mampu menyediakan belanja pencetakan dan mereka juga tidak dibenarkan berbuat demikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah diseksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Bediuzzaman.
600,000 NASKHAH DITULIS DENGAN TANGAN
Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya satu karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Bediuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risalah an-Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benarlah kata Maryam Jamilah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Bediuzzaman Said Nursi”.
Mereka yang telah memahami inti pati iman melalui Risalah an-Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Bediuzzaman, yang mewakili roh perjuangan Risalah an-Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau telah menjadi contoh kepada orang-orang Islam di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka telah berjaya menghilangkan ketakutan daripada hati orang ramai sehingga kini maruah negara telah dapat dikembalikan.
Pada tahun 1935, Bediuzzaman bersama 125 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Eskisehir. Dalam tempoh perbicaraan berlangsung, mereka terpaksa menghabiskan selama 11 bulan di dalam penjara Eskisehir yang penuh dengan penderitaan. Bediuzzaman kemudiannya dipindahkan ke penjara Kastamonu selama 7 tahun. Di sana, Beliau masih terus menulis dan menyebarkan Risalah an-Nur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risalah al-Nur yang dinamakan “Posmen Nur” (Nurcu). Hasilnya, Nurcu telah berjaya menyebarkan sebanyak 600,000 naskhah Risalah an-Nur yang bertulisan tangan ke seluruh Anatolia.
Pada tahun 1943, beliau bersama 126 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah di Denizli. Kali ini beliau dituduh mencetak secara rahsia satu risalah di Istanbul mengenai kewujudan Tuhan. Perjuangannya tidak pernah reda sama ada dalam buangan mahupun di penjara. Di dalam penjara Denizli, beliau telah bertindak memulihkan para banduan dan penjenayah yang dianggap tidak berguna oleh masyarakat. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pena tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam penjara. Oleh itu, karya-karyanya ditulis di atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak dari apa sahaja barangan yang ada. Karyanya kemudian di seludup keluar di dalam kotak-kotak mancis.
Salah satu karyanya yang berjudul “Buah-buah Iman” telah ditulis dengan cara ini. Perbicaraan di Denizli berakhir dengan keputusan beliau dibebaskan sebulat suara selepas 9 bulan dipenjarakan. Tetapi ini tidak bermakna beliau telah diberikan kebebasan sepenuhnya.
Description: 0121 212x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An NurAtas arahan pihak berkuasa di Ankara, beliau telah dihantar ke sebuah bandar lain bernama Emirdag pada tahun 1944. Bagi Bediuzzaman, Emirdag juga sama dengan tempat-tempat yang lain. Sekali lagi beliau diawasi, ditindas dan diancam. Namun begitu, beliau terus memperjuangkan iman dan Islam. Tempohnya di Emirdag sekali lagi berakhir dengan penangkapannya semula. Kali ini pada Januari 1948, beliau bersama dengan 53 pelajarnya telah ditahan dan dihantar ke Mahkamah Jenayah Afyon untuk dibicarakan. Beliau dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan selama 20 bulan.
Kekejaman di penjara ini adalah lebih teruk berbanding yang lain. Bediuzzaman ketika itu berumur 70 tahun dan sedang menderita akibat berbagai penyakit. Pihak berkuasa telah meletakkannya di sebuah bilik penjara bersendirian yang mempunyai tingkap-tingkap yang pecah walaupun ketika itu beliau telah uzur. Di dalam bilik penjara bertingkap pecah inilah Bediuzzaman menghabiskan dua musim sejuk yang sangat mencabar. Apabila melihat musim sejuk pun tidak dapat membunuhnya, maka musuhnya telah meracuninya. Ada pendapat mengatakan beliau telah diracuni sebanyak 19 kali. Ketika beliau menderita kesakitan akibat diracun, beberapa orang pelajarnya memberanikan diri untuk menolongnya tetapi telah ditangkap dan diseksa dengan kejam sekali.
Akhirnya pada 20 hb. September 1949, hukuman ke atas Bediuzzaman telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Turki. Beliau dibebaskan setelah mahkamah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Pilihan raya bebas dan adil yang pertama telah diadakan di Turki pada tahun 1950 di mana sistem pelbagai parti telah menggantikan sistem satu parti. Pemerintahan kejam Parti Republikan Rakyat yang tidak suka pada agama telah tamat. Pelbagai bentuk kebebasan dan hak mula diiktiraf. Satu zaman baru telah bermula bagi sejarah Republik Turki. Pengharaman ke atas azan telah dibatalkan dalam sidang pertama parlimen baru Turki. Dalam tahun-tahun berikutnya, Bediuzzaman terlibat dalam hanya satu perbicaraan sahaja iaitu pada Januari 1952 di Istanbul di mana beliau tidak ditahan. Keputusan dari perbicaraan ini ialah beliau didapati tidak bersalah sebulat suara. Akhirnya dalam tahun 1956, Mahkamah Agung di Afyon telah mengisytiharkan beliau dan anak-anak muridnya tidak bersalah.
Selepas hampir seabad berkhidmat untuk iman dan Islam, Bediuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah pergi dengan penuh kemuliaan dan kemenangan. Hasil karyanya telah menyinari abad ini dan abad-abad yang mendatang.
Bediuzzaman telah memahami sebab yang paling penting dalam keruntuhan dunia Islam sebagai kelemahan dalam asas keimanan. Kelemahan ini bersama serangan- serangan pada asas keimanan pada abad ke 19 dan 20 yang dijalankan oleh fahaman kebendaan, ateis dan lainnya atas nama sains dan kemajuan menjadikannya insaf bahawa keperluan yang mustahak dan genting adalah untuk menguatkan dan menyelamatkan keimanan. Apa yang diperlukan adalah untuk menggembleng semua tenaga untuk membangunkan ajaran Islam melalui asas keimanan dan untuk menjawab persoalan-persoalan keimanan ini pada tahap yang diperlukan dengan jihad yang maknawi.
Risalah an-Nur ialah koleksi karya yang memberi keutamaan kepada asas keimanan dari yang berasaskan kebenaran Al-Quran kepada manusia moden. Metodologi yang digunakannya adalah dengan menganalisis keimanan dan kekufuran serta menunjukkan melalui hujah-hujah yang rasional dan terang bahawa bukan sahaja keimanan boleh dibuktikan, kesemua kebenaran yang terkandung dalam keimanan seperti kewujudan Tuhan dan keesaanNya, kerasulan dan kebangkitan manusia di hari akhirat dalam bentuk jasad dapat dibuktikan juga.
Dalam menjelaskan keadaan yang sebenarnya dari tujuan utama penciptaan manusia dan alam semesta ini, Risalah an-Nur menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperoleh dalam keimanan dan ilmu ketuhanan. Ia juga menunjukkan kekufuran, menyebabkan roh manusia dan hatinya mengalami kesakitan dan kesedihan yang amat sangat yang menyebabkan orang-orang yang sesat berusaha untuk menghilangkannya melalui cara yang melalaikan dengan menolak kenyataan.


zauj idamanku hehe, sipalah yang bakal jadi zauj idamanku kan? seusia ini walaupon masih dikira muda namun fitrah manusia yang suka hidup berpasangan. terasa sunyi jika masih sendiri. hanya kini mengubat hati dengan berkomunikasi dengan ALLAH serta membaca dan menghafal kalamnya menjadi mengubat lara di hati.

warkah buat zauj idamanku..

duhai bakal imamku,

 dimanakah engkau sekarang?

adakah kita pernah berjumpa dan bertegr sapa? 

adakah  kita saling mengenali antara satunya? 

 

duhai bakal  imamku, 

sudah ramai sahabat2 ku yang kini sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai zuriat lelaki dan permpuan.. sungguh aku gembira melihat mereka. aku inggin sekali seperti mereka, tetapi aku harus sedar bahawa kini bukan tiba masanya untuk diriku. aku pasti akan menunggu saat engkau melamarku menjadi isteri mu. aku inggin sekali menjadi ibu dan menguruskan semua keperluanmu, aku inggin sekali menjadi ibu yang terbaik buat anak2 ku.. aku ingin sekali solat berjemaah dan diimamkanmu, aku ingin sekali setiap pagi menyediakan sarapan dan tengah hari menyediakan makanan untuk dimakan olehmu serta seisi keluarga.. walaupun aku kurang tahu masak namun aku sedang belajar .

doakan supaya diriku ini sentias kuat dengan segala ujian..
xoxo myra

Wednesday 22 October 2014






pandangan mata itu adlah panah daripada panahan syaitan, barang siapa menjauhinya kerana takut kepada ALLAH, nescaya akan ALLAH gantikan dengan kemanisan IMAN yang bakal dirasakan dihatinya..

Friday 10 October 2014

tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.

“tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Segala perkara pasti binasa kecuali Allah.”
(surah al-Qasas,ayat 88)
ü Tidak ada sehelai daun pun yang luput daripada penguasaan-Nya.
ü Kata-kata Sayyid Qutb: “kita adalah milik Allah. Kita semua dan segala sesuatu yang ada pada kita adalah milik-Nya. Kewujudan kita dan zat kitaadalah kepunyaan Allah dan kepadanya kelak kita akan kembali. Dengan demikian, kita perlu pasrah dan menyerahkan secara mutlak kepada Allah.
ü Ibn Atha’illah, dalam karyanya Bahjat An-Nufus, memberikan kunci kebahagiaan. Menurutnya kebahagiaan itu terletak kepada orang yang selalu menjaga dirinya dan merasa cukup dengan pemberian Allah, dia tidak menganiaya sesama hamba Allah. Dia selalu beregang teguh kepada kebenaran sekaligus membela kebenaran. Dia juga sentiasa memelihara rahsia manusia, menutup aib mereka dan menonjolkan kebaikan mereka.
*   wahai Allah, jadikanlah aku hambamu yang selalu berpegang teguh pada-mu dalam setiap hembusan nafasku suapaya aku mampu menjalani hidupku dengan optimis dan harapan,”
ü Menurut Aidh Al-Qarni, kesedihan menjadikan kehidupan kita muram, membuatkan kehidupan kita berat dan ia adalah racun untuk jiwa, kesedihan menjadikan jiwa lemah dan bingung dan menghalang mata daripada melihat keindahan, sebaliknya, ia menyuburkan penyesalan dan hati yang luka.



TOKOH AQIDAH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH


Imam Abu Hasan al-Asy’ari
Nama sebenarnya ialah Ishaq ibnu Salim ibnu Ismail ibnu Abdullah ibnu Musa ibnu Bilal ibnu Abi Burdah ibnu Abu Musa Abdullah. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijriah di Basrah, Iraq selepas 55 tahun Imam Syafi’e meninggal dunia.
Beliau merupakan pemimpin ahli kalam, pendukung sunnah Rasulullah S.A.W, pembantu agama yang mahir dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umah Islam.
Ramai ulama’ telah menyatakan bahawa pada mulanya beliau dibesarkan di bawah didikan bapa tirinya Abdul Wahab al-Jubaie; seorang ulama’ besar Mu’tazilah. Dikatakan beliau menjadi anak murid kesayangan al-Jubaie dan sering ditugaskan untuk mewakili al-Jubaie dalam majlis perdebatan selama 40 tahun. Namun dengan kehendak Allah hatinya terbuka untuk mengikut jalan yang benar iaitu jalan Ahlu Sunnah wal Jamaah. Beliau mengambil keputusan menghilangkan diri selama 15 hari. Selepas itu beliah muncul di sebuah masjid di Basrah lalu menaiki mimbar dan menyatakan pendirian beliau untuk keluar dari mazhab Mu’tazilah dan beramal dengan aqidah yang betul.
Perdebatan yang paling masyhur berlaku antara Imam Abu Hasan al-Asy’ari dengan al-Jubaie ialah mengenai isu Islah dan Ta’dil (keadilan Allah).
Imam Abu Hasan               : Apakah pendapat tuan tentang tiga golongan ini iaitu  mukmin, kafir dan  kanak-kanak? (sesudah dimatikan)
Al-Jubai                              : Orang mukmin mempunyai darjat yang tinggi, orang kafir pula mempunyai kedudukan yang rendah dan akan dimasukkan dalam neraka manakala  kanak-kanak pula adalah yang terselamat.
Imam Abu Hasan              : Sekiranya kanak-kanak itu ingin mencapai kedudukan yang tinggi (selepas kematian semasa kecil) adakah dibolehkan?
Al-Jubaie                         : Tidak boleh! Kerana seorang mukmin yang ingin mencapai kedudukan yang mulia mesti melakukan ketaatan. Sedangkan mereka tidak mempunyai amalan seperti itu.
Imam Abu Hasan             : Jika kanak-kanak itu menyatakan itu bukan kesalahannya kerana jika dipanjangkan umurnya nescaya dia akan melakukan ketaatan sepertimana yang dilakukan oleh orang mukmin?
Al-Jubaie                          : Allah telah berfirman “Aku mengetahui jika dipanjangkan umurmu nescaya kamu akan melakukan maksiat dan akan diazab. Maka aku menjaga kemaslahatanmu dan mematikan kamu sebelum sampainya umur taklif”
Imam Abu Hasan            : Bagaimana pula jika sekiranya orang kafir pula berkata; Engkau mengetahui keadaanku sepertimana Engkau mengetahui keadaan kanak-kanak tersebut. Maka mengapa Engkau tidak menjaga kemaslahatanku (mematikan aku semasa kecil)?

Mendengar soalan tersebut al-Jubaie terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan. Perdebatan ini juga menjadi punca Imam Abu Hasan meninggalkan fahaman Mu’tazilah.
 KEPERIBADIAN BELIAU
Dari sudut ibadah Imam Abu Hasan merupakan seorang yang sangat zuhud dan wara’. Menurut sahabatnya beliau solat subuh dengan wudhu solat isya’ selama 20 tahun.
Beliau juga hanya memakan hasil tanaman dari tanah yang diwakafkan oleh datuknya Bilal bin Abi Burdah ibnu Abu Musa al-Asy’ari kepada keturunannya. Beliau hanya membelanjakan sebanyak 17 dirham setiap tahun.
KEILMUAN BELIAU
Ustaz Abu Ishaq al-Isfirayin berkata : “sekiranya aku dibandingkan dengan Syeikh Abu al-Hasan al-Bahili maka aku seperti setitis air dengan lautan. Aku mendengar syeikh al-Bahili (murid Imam Abu Hasan) pernah berkata “perbandingan aku dengan al-Asy’ari seperti setitis air dengan lautan”.
Al-Qadhi Abu Bakar berkata : “semulia-mulia keadaanku ialah aku memahami kalam Abu Hasan al-Asy’ari”
Ibn Asakir telah meriwayatkan daripada Abu al-Ma’ali ibnu Abdul Malik al-Qadhi bahawa beliau mendengar daripada orang yang dipercayai bahawa beliau melihat kitab-kitab karangan Imam Abu Hasan melebihi dua hingga tiga ratus buah kitab.
KEWAFATAN BELIAU
Imam Abu Hasan al-Asy’ari wafat di Baghdad pada tahun 323 Hijriah bersamaan 939 Masihi. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Asakir. Beliau dikebumikan di Masra’ah al-Rawayat. Al-Qabis berkata : “telah meninggal al-Asy’ari. Pada hari dia wafat ahli sunnah menangis di atas kewafatannya sedangkan ahli bid’ah merasa lega dengan kewafatannya”.


MAZHAB ASYA’IRAH
 Mazhab Asya’irah atau I’tiqad Asya’irah ialah satu aliran aqidah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan yang merupakan pegangan Ahlu Sunnah wal Jamaah sehingga ke hari ini. Imam Abu Hasan al-Asy’ari tidak mereka-reka pendapat yang baru dan tidak juga menubuhkan mazhab yang lain tetapi beliau memperakui mazhab ulama salaf dan menyambung pegangan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.
Syeikh Izzuddin ibn Abdul Salam pernah menyebut : “Aqidah Abu Hasan al-Asy’ari terhimpun di dalamnya ulama’ Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali”, kata-kata beliau ini disepakati oleh ulama’ mazhab Maliki pada zamannya iaitu Abu Amru ibnu al-Hijab dan syeikh mazhab Hanafi, Jamaluddin al-Hasiri.
Keistimewaan Imam Abu Hasan al-Asy’ari dalam menyusun fahamnnya ialah beliau mengutamakan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah serta mempertimbangkan akal dan fikiran. Berbeza dengan fahaman mu’tazilah yang mendasari fahaman mereka dengan akal dan falsafah dari Yunani.
Antara kekeliruan besar yang meracuni aqidah umat Islam pada hari ini ialah desas desus yang mengatakan bahawa aqidah asya’irah bukanlah aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Ketahuilah sesungguhnya tidak ada satu pun fakta yang tepat untuk meletakkan i’tiqad Asya’irah ini tidak sejajar dengan aqidah yang betul.



ummu Qhumairaa'

nama diberi Nur Syahirah Amirah Binti Mohd Yusof...