"keutamaan doa"

"dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku maka beritahu kepada mereka): sesungguhnya aku (ALLAH) sentiasa hampir kepada mereka, aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaku. maka hendaklah mereka menyahut seruanku(dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik serta betul." (surah GHAFIR:60)

Saturday 8 March 2014

6 HAK SESAMA MUSLIM

menurut Rasulullah s.a.w. ada 6 hak muslim sesama muslim:

  1. mengucap salam ketika bertemu
  2. memenuhi jemputan apabila diundang
  3. memberi nasihat ketika diminta
  4. memuji allah ketika terdengar bersin
  5. menziarahi saat ditimpa kesakitan
  6. mengiringi jenazah ketika berlaku kematian 
(riwayat muslim)


HADAPI REALITI DENGAN BERANI

  • Bersilih ganti
realiti kehidupan sememangnya bergitu, tidak semuanya indah,pasti akan ada terselit kepahitan dan kesusahan. kehidupan akan terus diselang selikan bersama kesenangan dan kegembiraan.
"allah mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu. siapakah di antara kamu(manusia) yang baik amlannya."

(surah al-mulk 67:2)

bergitulah ujian kehidupan. senang, susah, pahit dan pelbagai rasa akan mewarnai pentas kehidupan. namun jika yang susah dan pahit hadapilah dengan sabar, pasti akan dikurniakan kesenangan.

apa perlunya lagi kita lari daripada realiti, hadapi dan atasinya dengan redha. serahkan semua urusan itu kepada pemberi ujian dan carilah pahala disebaliknya.

:)Q.A

No comments:

Post a Comment